Cara mendapatkan PENGESAHAN BANK STATEMENT SYARIKAT melalui bank.

Haa. ramai juga yang mencari macam mana nak dapatkan bank statement syarikat yang disahkan oleh pegawai bank kan ? Selalunya pengesahan penyata bank ini diperlukan sama ada untuk memohon tender / memohon loan syarikat / lain-lain yang dinyatakan semasa permohonan. 


Anda mungkin sudah tahu yang anda boleh mencetak penyata bank syarikat anda di akaun perbanking online anda di bahagian statement sahaja. YA! anda boleh mencetaknya tetapi tiada pengesahan pegawai bank disitu. Bank statement yang di cetak di akaun perbanking online ini boleh digunakan jika tiada permintaan "PENGESAHAN OLEH PEGAWAI BANK"


OK. saya akan share pengalaman saya mendapatkan BANK STATEMENT COMPANY YANG DISAHKAN OLEH PEGAWAI BANK.

** mengikut pengalaman saya, proses ini hanya boleh diguna pakai untuk pelanggan Maybank sahaja ya. untuk bank lain saya tak pasti bagaimana proses nya.. 


Apa yang anda perlu ada ??

1. No contact bank branch syarikat anda. *anda boleh dapatkan contact no ini di google dengan menaip cawangan bank tersebut.. Contoh; Maybank Jalan Tun Razak (sila lihat Snapshot 001)*

2. Surat untuk permohonan pengesahan dan pengambilan penyata bank. Anda hendaklah menyediakan 1 salinan softcopy/scancopy untuk di email kepada pihak bank (siap di tandatangan & cop syarikat) dan 2 salinan hardcopy untuk dibawa ke bank untuk tujuan pengambilan penyata (siap di tandatangani & cop syarikat *ORIGINAL*). *untuk template sila lihat contoh Snapshot 002*

**PERINGATAN PENTING UNTUK SURAT PERMOHONAN**

Untuk detail maklumat wakil dalam surat pengesahan perlulah diisikan dengan nama individu yang akan mengambil penyata tersebut di bank nanti. Jika individu yang datang mengambil penyata di bank tiada disebutkan atau berlainan dalam surat ini, pihak bank tidak akan memberi penyerahan penyata bank kepada individu tersebut.

Snapshot 001


Snapshot 002

P/S: untuk link template surat permohonan juga boleh dapat kat sini ya 

https://drive.google.com/file/d/1JDSqAZGPrYqDT5-8ibLcwXCv9P3sS1nR/view?usp=sharing


OK. Jika bahagian "Apa yang anda perlu ada ??" dah selesai kita akan teruskan dengan proses selanjutnya.


Proses...

1. Anda perlu menelefon bank branch anda dan memberitahu yang anda ingin mendapatkan pengesahan penyata bank yang disahkan oleh pegawai bank berkenaan. Panggilan anda mungkin akan disambungkan kepada pegawai yang mengesahkan tersebut dan anda perlu take note ya email yang diberi oleh pegawai bank itu..


2. Setelah mendapat detail email pegawai berkenaan, anda bolehlah emailkan surat permohonan mengambil penyata bank seperti di Snapshot 2.


3. Tunggu 2-3 hari bekerja untuk penyiapan penyata bank di bank. (Sentiasa follow up / call bank untuk confirmation jika penyata sudah boleh diambil)


4. Jika pihak bank sudah memastikan yang penyata bank boleh diambil. Wakil yang disebutkan dalam surat perlu datang ke bank tersebut dan mengemukakan IC serta 2 salinan Surat Permohonan Bagi Mengambil Penyata Bank Syarikat (siap di tandatangani & cop syarikat *ORIGINAL*) kepada pihak bank. 


5. Penyata bank syarikat akan diserahkan kepada Wakil yang disebutkan dalam surat permohonan.


6. Selesai... Syarikat sudah boleh kemukakan dokumen pengesahan penyata bank oleh pegawai bank berkenaan sebagai lampiran sokongan yang diperlukan.


Haa settle dah.. Mudah sahaja sebenarnya..

Semoga pengalaman saya memberi manfaat kepada semua.


Segala gambar dalam ini untuk tujuan pembelajaran sahaja.


TERIMA KASIH.

Comments